AKU IBUMU
Kerana Sayang aku Kuat Menempuhi Dugaan,
Kerana Kasih aku Lontarkan Kepedihan,
Kerana Cintaku padamu aku jadi seteguh & setabah ini
Kerana Tulusnya Hatimu membuatkan aku sanggup berpijak di duri walaupun ianya menyakiti hatiku sendiri
Dan yang paling membuat ku kuat menempuhi segalanya....
Kerana Engkau Kulahirkan dari perut ku dan AKU IBUMU...........
Segalanya Di Sini
Khamis, 30 September 2010
Uks^^Di Luar Kemampuanku....
Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna ke emasan
Dapat aku bayangkan jika kau ada
Pasti suasana kan lebih bermakna
Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Katamu kasih sayang tak bererti
Tidak menjanjikan untuk esok hari
Kucermin diri ini
Terteralah kedaifan yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan yang panjang
Menyesali kemiskinan aku ini
Ku mampu petik bintang dilangit
Ku mampu bina jambatan pelangi
Ku mampu pertahankanmu
Biar pun lawan ku seribu
Itu hanya...bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang kala malam
Hakikatnya..yang ku ada
Satu jasad, satu nyawa , satu cinta
Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasib mu
Kini aku menggenggam satu azam
Melemparkan khayalan bentuk kehidupan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan