AKU IBUMU

Kerana Sayang aku Kuat Menempuhi Dugaan,
Kerana Kasih aku Lontarkan Kepedihan,
Kerana Cintaku padamu aku jadi seteguh & setabah ini
Kerana Tulusnya Hatimu membuatkan aku sanggup berpijak di duri walaupun ianya menyakiti hatiku sendiri
Dan yang paling membuat ku kuat menempuhi segalanya....
Kerana Engkau Kulahirkan dari perut ku dan AKU IBUMU...........

Segalanya Di Sini

Isnin, 8 April 2013

memori kasih tidak terpadam

Berkerja di kilang top up tu memang sgt best..kawan2 yang sekepala..x membezakan status ibu gn diaorg..semua gila2.. yang lebih berumur sgt sporting..memberi nasihat,tunjuk ajar tentang kehidupan..dan sedikit sebanyak membimbing ibu dari tersasar dari jalan yang betul..maklumlah..umur ibu baru 26 masa tu..

ada jugak seorang dua yang rapat dengan ibu,yang boleh ibu kongsikan cerita suka duka,pahit manis ibu..

dalam sibuk2 berkerja ibu selalu teringat dekat 3 org insan yang pernah berada dlm hati ibu..ibu selalu bercerita tentang mereka..

betapa menyesalnya ibu melukakan hati mereka semata2 kerana mengejar cinta ayah..

mungkin apa yg ibu rasai ketika ini adalah balasan mengecewakan mereka suatu masa dulu..

ibu selalu terkenangkan mereka..dan sangat berharap yang ibu akan jumpa mereka balik..minta maaf atas apa yg ibu buat..

perkara itulah yg selalu ibu ulang2 bila bercerita dengan kawan2 ibu..


Ahad, 7 April 2013

hidup bujang

Akhirnya ibu berhenti berkerja di western digital..x sanggup rasanya berlari setiap pagi..

ibu tersadai pula di sebuah kilang kecil di kelana jaya,berkerja sebagai sub operator di kilang pembuatan kad top up bersama jiran kita kak ijan dan beberapa org lagi,bos ibu namanya abg li,memang baik hati..alhamdulillah..

bukan setakat memberikan ibu dan kawan2 ibu kerja, malah hostel,kereta,kadang2 pampers dan susu pun dia berikan untuk korang..

katanya dia sayang kan korang macam sayangkan anak sendiri..maklumla..dia x punya anak lelaki..dan dia sentiasa membayangkan yang korang akan membesar dan menjadi org yg berjaya,ins sha allah

ibu pun rasa sgt selesa dgn dia,sentiasa ada ketika di perlukan,membantu apa yg perlu..melindungi.. setiap kali ibu dan kawan2 cuti..dia akan sedaya upaya menghantar ibu balik kampung,

kalau dia x sempat,dia akan izinkan ibu guna kereta dia untuk balik kampung.,baikkan?

hampir setahun ibu berkerja dgn dia..syukur sgt dpt majikan macam dia..

berjauhan dn korang buat ibu sedikit bebas,malam2 minum kedai mamak dgn kawan2 serumah,bersembang,gelak terkekek2..maklumlah..semua anak dara kecuali ibu.. 

hati pun tenang,x perlu fikir perkara2 yg menyakitkan hati.. seronok rasanya.