AKU IBUMU

Kerana Sayang aku Kuat Menempuhi Dugaan,
Kerana Kasih aku Lontarkan Kepedihan,
Kerana Cintaku padamu aku jadi seteguh & setabah ini
Kerana Tulusnya Hatimu membuatkan aku sanggup berpijak di duri walaupun ianya menyakiti hatiku sendiri
Dan yang paling membuat ku kuat menempuhi segalanya....
Kerana Engkau Kulahirkan dari perut ku dan AKU IBUMU...........

Segalanya Di Sini

Selasa, 23 November 2010

perjalanan masih berliku..

Andai hati ini boleh di keluarkan..aku pasti nampak koyakan2 serta hirisan2 di hati aku ni..kejam nya dunia ni..biarkan aku hidup begini..dengan bahu tergalas beban..aku terpaksa melangkah..berat sungguh..aku x mampu..

Dari saat itu aku tekadkan hati yang aku memang telah sendiri..aku perlu bangkit!!perlu!! demi AKU SENDIRI!!..aku kuat..aku bukan hidup atas belas ikhsan seseorang yang bernama lelaki..

Akhirnya..Jadilah aku seorang penjual kerepek..jauh perjalanan..bersama2 sahabatku saliza.. pergi berdua kemana2 dengan kereta di penuhi kerepek.. ke teluk batik..ke shah alam..ke pantai remis..semua bersama2..

Untunglah aku mendapat seorang sahabat yang betul2 boleh kuharapkan..x pernah dia meminta balasan atas apa sahaja yang di curahkan untuk aku..

Bagaimana Strategi jualan kami??? pergi kepada setiap org sambil membawa sebungkus plastik besar kerepek.."nak kerepek kak? nak kerepek bang??macam2 ada...

Bila perasaan malu itu tidak dapat kami bendung...kami cuma berdiri sambil menunggu sesiapa yang sudi berhenti melihat barang jualan kami..yang kami letakkan di boot kereta..

Hasilnya di bahagikan dua..setelah di tolak duit minyak..
Boleh la aku beli susu & pampers tuk anak2 aku.. aku belikan susu nespray tuk org tua..yang tu jer yang murah..dan banyak ble tahan lama..pampers pulak aku belikan yang murah jer..yang jual borong tu..ha
bis la merah2 celah2 peha korang..nak buat camner..itu jer yang aku mampu..

Bila dah lama2..akhirnya acik saliza terpaksa mengalah.. "KITA NI DAH MACAM PENGEMIS YAN, HULUR KE SANA..HULUR KE SINI..MENGHARAP SIMPATI ORANG TUK BELI BARANG KITA..AKU DAH X SANGGUP JADI PENGEMIS"

Sedihhhh...bila acik saliza cakap macam tu..baru aku tersedar..baru aku terjaga!! orang ibarat kan aku seperti pengemis rupanya..ya allah.. Hinanya aku..


Aku tersungkur lagi..

Manalah agaknya ayah letakan akal kewarasan dia..x bolehkah dia fikir hati ibu nih..kalau betulpn dia kecik hati pada ibu..pandang la muka korang..korang x da dosa..korang x tau apa2..kenapala ayah sanggup buat macamni..kenapa ayah x pakai akal yang allah bagi pada dia..ibu cuma berumur 25 tahun masa tu..tapi ibu kena memikul tanggungjawab yang tak terkata besarnya..sedangkan ayah dah 34 tahun masa tu..kenapa ayah masih x boleh berfikir secara matang..kenapa????x terluah kekesalan & kekecewaan ibu..

Ayah...ibu x berkerja..ibu x berkerja!!!!!ayah!!!macam mana la ibu nk teruskan hidup nih ayah..macam mana..kenapa la ayah buat ibu & anak2 macam nih..dah berkali2 ibu tersungkur..ibu dah x mampu lagi..


Sebaknya.... bila ibu tengok anak2 berlari mengejar sebijik moto kriss yang berwarna biru yang tengah bergerak laju..semata2 ingat kan tu ayah mereka..menitis air mata..sedihnya ayah..dalam sedu sedan ibu kejar anak2.."itu bukan ayah la..ayah dah balik kampung..ayah... kenapa ayah buat ibu & anak2 macam ni..