Ibu Mulakan Blog ini dengan penuh rasa cinta untuk anak2 ibu..
Bukan niat ibu untuk meminta segalanya di balas..tetapi hanya ingin menzahirkan apa yang ibu rasa dan pendam,apa yang ibu lalui dalam tempoh membesarkan anak2 ibu berdua..
Bukan Mudah Sayang,Menjadi seorang Ibu..apatah lagi bila bergelar IBU TUNGGAL..segalanya perlu di lakukan sendiri..apatah lagi ibu tiada penyokong dan pembantu..
Ibu Pernah rasa tewas dan ingin tunduk pada dugaan yang allah berikan.. Namun allah lebih mengetahui segalanya..dan ibu yakin..malahan ianya sudah terbukti kini..segala lelah ibu sendirian telah terubat bila melihat anak2 ibu membesar sempurna walaupun tidak semewah orang lain..tapi sekurang2nya..ibu masih mampu membesarkan anak2 ibu...
Bukan ibu pinta anak2 ibu membenci pada orang yangbertanggung jawab atas penderitaan yang pernah kita alami..cuma ingin mengingatkan anak2 ibu..agar lebih bertanggung jawab bila anak2 ibu dewasa, berkeluarga dan yang paling penting..bila mempunyai zuriat sendiri..
anak2 adalah anugerah terindah pemberian allah..mengapa harus kita abaikan mereka demi kepentingan peribadi..
Ada orang yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak2 tercinta..tapi,mengapa ada yang suka melepaskan tanggung jawab begitu sahaja..
Bacalah sayang..Bila anak2 ibu sudah mengerti erti kehidupan..selamilah hati ibu mu ini..selamilah bahawa suatu masa dulu hati ibu pernah tertoreh luka..demi memastikan kalian membesar..
Bacalah sayang..Bila anak2 ibu sudah mengerti erti kehidupan..selamilah hati ibu mu ini..selamilah bahawa suatu masa dulu hati ibu pernah tertoreh luka..demi memastikan kalian membesar..
Moga anak2 ibu..akan menjadi seorang bapa yangterbaik buat cucu2 ibu nanti..
SaBaR ItU KaDaNg KaLa BoLeH MeNjADi PeRkArA PaLiNg SuKaR UnTuK Di LaKuKan!!
BalasPadam