AKU IBUMU

Kerana Sayang aku Kuat Menempuhi Dugaan,
Kerana Kasih aku Lontarkan Kepedihan,
Kerana Cintaku padamu aku jadi seteguh & setabah ini
Kerana Tulusnya Hatimu membuatkan aku sanggup berpijak di duri walaupun ianya menyakiti hatiku sendiri
Dan yang paling membuat ku kuat menempuhi segalanya....
Kerana Engkau Kulahirkan dari perut ku dan AKU IBUMU...........

Segalanya Di Sini

Rabu, 21 Julai 2010

Terkenang waktu dahulu...

Terkenang ibu..masa pergi kerja dengan moto atuk..selalu sangat rosak..tengah2 jln mati tiba2..klu hujan jangan cakap la..confirm moto tu mati..terpaksa la ibu menolak moto.. Bila balik keje malam..ibu ketakutan lalu kt rizab parit 1 tu..yelakan..macam cerita dengar kat situ..ibu pulas laju2 moto atukk..

Dulu benda tu sangat menyakitkan ibu..syukur sekarang hanya tinggal kenangan..

Kubuang jauh perasaan itu...

Nampaknya keluarga ayah benar2 berdendam pada ibu..seposen pun x pernah dikirimkan pada kita..

Setiap kali ibu talipon..setiap kali itu juga panggilan ibu tidak berjawab..
tiap kali itu juga ayah tiada..

Sijil2 ibu habis disorokan ayah & opah..kejamnya mereka!!!!

Habis pantang..ibu nekadkan diri untuk berkerja.. akhirnya di FAJAR sungai besar ibu tersadai..

WBE 2425 tu la yang mejadi kenderaan rasmi..jika hujan ibu pandu la kereta kita JEL 7645 yang atuk bayarkan duit mukanya..tapi x pernah bebaya bulanan..

Tapi ibu kerja kat situ sekejap jer..Gaji yang ibu terima x mampu nak menangung susu & pampers korang..

Ibu mintak tolong acik saliza carikan ibu kerja kt petronas pakcik buang..

Alhamdullilah..berjaya..dengan gaji RM27 sehari itulah ibu menyara korang..

Ibu buang segala perasaan malu ketika ibu menyiram pokok bunga.. menyapu sampah.. memngisi minyak ke tangki kawan2 ibu yang dulu berkerja satu opis dengan ibu.. mencuci tandas yang busuk dengan bahan buangan.. ibu buang semua perasaan itu jauh2 demi anak2 ibu..

kadang2 terasa pedih telinga ibu bila dengar kawan2 opis lama ibu mengata ibu.."TULAH..DULU SENANG2 KEJE DEPAN KOMPUTER..DUDUK DALAM AIRCOND..TENGOK SEKARANG..NAK SANGAT KAWIN DGN BUDAK TU..HAH..RASAKAN!!!!CUCI TANDAS KO!!"

malu..memang ibu malu..sangat2..ibu dulu berkerja sebagai data entry..duduk dalam opis..berpakaian kemas..tapi sekarang????

x per..ibu telan semua tu demi korang..ibu sanggup..

Saat Jatuhnya Aku ke bumi...

bila jalan itu yang ibu ambil..keluarga ayah seakan2 berdendam pada ibu.. mereka biarkan ibu sendirian membesarkan korang berdua..

ayah pergi tinggalkan kita masa ibu masih dalam pantang..korang tau x betapa hancurnyer hati ibu????? tahu tak????

Ibu tak berkerja dan masih dalam pantang..Walaupun ibu ada adik beradik..tapi mereka seakan akan x wujud dalam kamus hidup ibu... Ibu bukan membesar dengan mereka..perlukah ibu memohon belas ikhsan mereka?? sedangakan wujudnya kita hanya di hujung mata mereka???x mungkin...

Nak harapkan atuk?? mana mungkin orang yang seusia atuk tu berkerja..lagipun ibu malu kalau mengharapkan duit atuk ajer..

tapi..Atuk tetap jadi pak sanggup.. menjaga ibu yang tidak berkerja dan membesarkan korang..
ATuk la yang berhutang berbaris semata2 nak membeli susu & pampers untuk membesarkan korang.. kenang la jasa atuk tu sampai bila2..korang x kan jumpa orang macam atuk tu lagi dalam dunia ni..itu ibu pasti!!!


Bila ibu tipon ayah..ayah x nak cakap.. ayah suruh opah yang cakap..

Bila ibu cakap dengan opah..susu korang habis..opah suruh ibu bagi minum AIR SIRAPPPPP...mana mungkin ibu bagi korang minum air sirap.. opah cakap ayah sakit tenat..sakit apa??? ibu dengar suara ayah bersenbang kat belakang!!!

Bila ibu bising2..opah suruh ibu pinjam duit kat jiran2.. ibu malu. bkn ibu x ada suami.. bkn anak2 ibu anak haram...

korang anak ibu!!! anak ibu!! korang anak halal..dari benih yang halal..tapi kenapa keluarga ayah layan kita macam tu?????

Opah cakap ibu kurang hajar.. x hormat dia!! tapi dia ada hormat perasaan kita ker??? ada ker????

Ibu sangat2 sakit hati...