AKU IBUMU

Kerana Sayang aku Kuat Menempuhi Dugaan,
Kerana Kasih aku Lontarkan Kepedihan,
Kerana Cintaku padamu aku jadi seteguh & setabah ini
Kerana Tulusnya Hatimu membuatkan aku sanggup berpijak di duri walaupun ianya menyakiti hatiku sendiri
Dan yang paling membuat ku kuat menempuhi segalanya....
Kerana Engkau Kulahirkan dari perut ku dan AKU IBUMU...........

Segalanya Di Sini

Selasa, 23 November 2010

perjalanan masih berliku..

Andai hati ini boleh di keluarkan..aku pasti nampak koyakan2 serta hirisan2 di hati aku ni..kejam nya dunia ni..biarkan aku hidup begini..dengan bahu tergalas beban..aku terpaksa melangkah..berat sungguh..aku x mampu..

Dari saat itu aku tekadkan hati yang aku memang telah sendiri..aku perlu bangkit!!perlu!! demi AKU SENDIRI!!..aku kuat..aku bukan hidup atas belas ikhsan seseorang yang bernama lelaki..

Akhirnya..Jadilah aku seorang penjual kerepek..jauh perjalanan..bersama2 sahabatku saliza.. pergi berdua kemana2 dengan kereta di penuhi kerepek.. ke teluk batik..ke shah alam..ke pantai remis..semua bersama2..

Untunglah aku mendapat seorang sahabat yang betul2 boleh kuharapkan..x pernah dia meminta balasan atas apa sahaja yang di curahkan untuk aku..

Bagaimana Strategi jualan kami??? pergi kepada setiap org sambil membawa sebungkus plastik besar kerepek.."nak kerepek kak? nak kerepek bang??macam2 ada...

Bila perasaan malu itu tidak dapat kami bendung...kami cuma berdiri sambil menunggu sesiapa yang sudi berhenti melihat barang jualan kami..yang kami letakkan di boot kereta..

Hasilnya di bahagikan dua..setelah di tolak duit minyak..
Boleh la aku beli susu & pampers tuk anak2 aku.. aku belikan susu nespray tuk org tua..yang tu jer yang murah..dan banyak ble tahan lama..pampers pulak aku belikan yang murah jer..yang jual borong tu..ha
bis la merah2 celah2 peha korang..nak buat camner..itu jer yang aku mampu..

Bila dah lama2..akhirnya acik saliza terpaksa mengalah.. "KITA NI DAH MACAM PENGEMIS YAN, HULUR KE SANA..HULUR KE SINI..MENGHARAP SIMPATI ORANG TUK BELI BARANG KITA..AKU DAH X SANGGUP JADI PENGEMIS"

Sedihhhh...bila acik saliza cakap macam tu..baru aku tersedar..baru aku terjaga!! orang ibarat kan aku seperti pengemis rupanya..ya allah.. Hinanya aku..


Aku tersungkur lagi..

Manalah agaknya ayah letakan akal kewarasan dia..x bolehkah dia fikir hati ibu nih..kalau betulpn dia kecik hati pada ibu..pandang la muka korang..korang x da dosa..korang x tau apa2..kenapala ayah sanggup buat macamni..kenapa ayah x pakai akal yang allah bagi pada dia..ibu cuma berumur 25 tahun masa tu..tapi ibu kena memikul tanggungjawab yang tak terkata besarnya..sedangkan ayah dah 34 tahun masa tu..kenapa ayah masih x boleh berfikir secara matang..kenapa????x terluah kekesalan & kekecewaan ibu..

Ayah...ibu x berkerja..ibu x berkerja!!!!!ayah!!!macam mana la ibu nk teruskan hidup nih ayah..macam mana..kenapa la ayah buat ibu & anak2 macam nih..dah berkali2 ibu tersungkur..ibu dah x mampu lagi..


Sebaknya.... bila ibu tengok anak2 berlari mengejar sebijik moto kriss yang berwarna biru yang tengah bergerak laju..semata2 ingat kan tu ayah mereka..menitis air mata..sedihnya ayah..dalam sedu sedan ibu kejar anak2.."itu bukan ayah la..ayah dah balik kampung..ayah... kenapa ayah buat ibu & anak2 macam ni..

Isnin, 22 November 2010

Dia Masih Dia...

Balik dari pahang..ibu dan ayah masih menjalankan kehidupan rutin seperti biasa..ayah pergi kerja..ibu duduk kt rumah..sebab mbah dah x mo pakai orang..sebab dh abis raya..x mo paking kerepek banyak2 lagi katanya...

Pastu acik ros ajak ibu kerja dengan dia..tolong catering..ermm..bolehlakan daripada ibu x berkerja..lagipun kerja tu bkn selalu..kadang2..bila ada kenduri..klu ibu pergi 2 ari..dapat la 60 ringgit..lagipun ayah dah berkerja..kita x la tersepit sangat macam dulu..alhamdulilah sesangat..kerja ibu tolong bersihkan ayam..basuh ayam..goreng..basuh2 pinggan..potong2 sayur..kalau masa kenduri..tolong bubuh nasik dalam pinggan..hidang lauk..amik cawan..tambah air..sediakan basuh tangan..ibu sentiasa bermuka tebal..tapi x pelahkan..ibu pn dah jadi org kampung sekarang nih..apa nak kesah..lagipun untuk korang jugakan..

Hidup kita dah berubah sedikit..x la sesak macam selalu..ibu pun selalu bawak makanan balik..merasa la kita makan sedap2..walaupun x selalu..klu hari2 lain..biasa ibu kutip kangkung depan umah..kalau xpun..ibu kutip jagung muda tuk buat masak paprik..korang suka sangat makan paprik yang ibu buat..kalau nk makan ikan ibu mancing ikan puyu kt depan umah..kalau x pun ibu pasang tempirai..bolehlakan..hidup orang kampung..

Tapi rupanya2..hidup kita berubah sekejap jer..ayah berenti lagi..alasan jauh sangat.x larat..dulu ibu ckp dia kata dia sanggup..tapi sekarang?? ibu dah malas nk cakap aper..hati yang baru nk berbunga2 tetiba jadi kuncup terus layu.kering..

SUATU PETANG SELEPAS IBU BERGADUH BESAR DENGAN AYAH...


Ibu pergi dekat ayah..dan cakap pada dia..

IBU RASA AWAK NI MEMANG X BOLEH ADA ANAK & ISTERI..AWAK X TAU APA TU ERTI NYA TANGGUNGJAWAB..AWAK CUMA BOLEH BERKERJA UNTUK DIRI AWAK SENDIRI BKN UNTUK KAMI..
KALAU AWAK RASA APA YANG IBU CAKAP NI BETUL..AWAK PERGI LA JAUH2 DARI DIRI IBU DENGAN ANAK2..BAGI LA IBU PELUANG TUK IBU HIDUP SENDIRI TANPA AWAK SAKITI..IBU RASA IBU LEBIH BOLEH BERJAYA TANPA AWAK!!! BAGI LA IBU NI RASA BAHAGIA..IBU X SANGGUP NAK MENGADAP BENDA2 NI LAGI..TOLONGLAH..PERGI LA MANA AWAK NK..

Ibu cakap pelan2 dkt ayah..ibu harap sangat dia paham yang ibu dah x mampu nk mengadap muka dia yang ibu panggil suami..tapi x berfungsi seperti suami..x larat!!!

Lepas tu ayah ngan ibu x bercakap lansung walau sepatah..masing2 buat hal sendiri..sampai la malam..

Ibu tidokan korang..ibu tengok ayah tido dalam bilik..ermm..lantak la..klu x mo tido sekali dengan kita..

Pagi tu ibu tersedar awal..ntah kenapa hati ibu terasa berdebar2..sangat2 berdebar..x tau la kenapa..ibu pandang sekeliling sunyi..maner ayah..ibu lari masuk bilik..ibu tengok ayah x ada.. ibu bukak lamari baju..semua baju ayah x ada..lepas tu ibu terperasan ada sesuatu yang ayah tulis kt cermin mekap ibu..

"AYAH MINTAK MAAF KAT IBU SEBAB KELUAR TANPA BAGITAU..AYAH NAK MULAKAN HIDUP BARU..AYAH AKAN CARIK KERJA DAN UBAH NASIB KITA ANAK BERANAK..AYAH AMIK DUIT IBU RM10..AYAH MINTA MAAF"

Ibu terduduk kt situ..lemah segalanya2..macam tu akhirnya keputusan yang ayah amik..ayah betul2 buat apa yang ibu cakapkan semalam..

kesalnya ibu..

SAMUDERA - Titian Hasrat

SAMUDERA - Sudah Takdir Begitu