Assalamualaikum
2013 selangkah lagi meninggalkan kita, maka menjelmalah 2014, pahit kita ambil sebagai pengajaran,manis kita ambil sebagai kenangan
Sebelum meninggalkan 2013, aku sempat pulang kekampung halaman,menjeguk rumah pusaka yang kusewakan selama setahun, betapa murah air mata ku,ketika memijak,memegang,memandang rumah yg dekat dihati aku.
Satu satu kenangan telayar di kotak fikiran, betapa rumah itu menyimpan segala suka duka,pahit manis,dari usia aku 3 hari hinggalah 33 tahun. Baru aku tahu yang aku sebenarnya rindukan rumah usang itu.walaupun ianya usang,bagi aku itulah syurga aku dahulu.
Disitulah aku di besarkan oleh insan yang ku panggil mak dan abah,walau tidak setitik pun darah kami yang sama,aku masih wujud dirumah itu. Membesar sehingga aku kenal dunia.
Betapa sukar melelapkan mata berada di rumah itu, rindukan abah,terdengar keluhan sakitnya.terbayang aku dia sedang berdiri di muka pintu menyambut aku pulang, menyalakan lampu beranda,agar jalanku terang, temankan aku ke tandas,rindu minum kopi bersama, makan kedai di kedai mamak,sikap aku yang sika mengetuk dia bila dia berduit,rindu bercakap denganya,rindu renungan mata dia ,segalanya aku rindu.terkenang juga betapa banyaknya dosa ku pada dia, ampunkan yan bah. :( abahhhhhh yannn rindduuuuuuu abahhhhhhh...
abah kata umah ni umah aku.abah tukar tingkap kaca,supaya nampak moden,aku tak nak,tapi abah nak jugak,terpulanglah bah,umah abah kata aku.abah buat bilik air kat luar,senang nak kenduri katanya, abah buat macam macam,tapi sayangnya sekarang rumah tu dah uzur sangat.
Terkenang juga mak,bebelan mak, marah mak, garangnya mak, masakan mak, mak yang suka baring depan pintu,mak yang suka mengaji depan pintu,mak yang suka tanam pokok, mak yang sangat baik hati,walaupun miskin,mak tak kedekut,sentiasa menghulur apa yang ada untuk kenduri jiran tetangga.benih yang dia tanam dulu,aku lah yang mengutip hasilnya.sentiasa di sayangi orang kampung. Dan aku masih ingat yang aku terjun dari tingkap sebab mak nak sebat aku dengan batang penyapu!! Oh kenangan.
Bila pandang dapur yang hampir runtuh itu pula,aku terkenang yang aku suka mengabiskan tepung mak,buat ujikaji,amik tepung,bubuh itu,bubuh ini,buat kek,buat pau,pastu sorok dalam almari,sebab takut mak marah.kat dapur tu aku memasak masakan pertama aku, gulai petola,yang masam sebab aku bubuh asam keping.tapi mak tetap makan..ahahhaha..
Bila pandang bilik mak ngan abah pulak,aku teringat yang aku selalu isap rokok abah,rokok gudang gatam yang manis tu..dah hisap manis dia,aku letak balik dalam kotak..hahahah.. maklumlah anak tunggal,apa lagi yang aku boleh buat,selain kerja mengarut.
Rumah itu jugalah saksi derita aku di tinggal suami,derita kubergelar ibu, dan rumah itu jugalah saksi betapa aku kini bahagia,sehingga aku terlupa kewujudan rumah itu.
Bila rindu itu semakin menebal,baru lah aku tahu yang rumah usang itu sangat bernilai harganya..ambillah apa saja,tapi bukan rumah itu.
Semoga 2014 allah limpahkan kami rezeki,untuk memperkukuhkan kembali rumah usang kami. Kerana di situlah aku boleh memandang wajah abah,mengenang segala kenangan yang pernah wujud, mengenang kenangan bersama mak,dan memandang diri aku sendiri ketika aku bergelar kanak kanak dan remaja.aku rindu rumah itu,aku rindu bau padi,aku rindu tiupan angin laut.aku rindu semua...rindu sangat