AKU IBUMU

Kerana Sayang aku Kuat Menempuhi Dugaan,
Kerana Kasih aku Lontarkan Kepedihan,
Kerana Cintaku padamu aku jadi seteguh & setabah ini
Kerana Tulusnya Hatimu membuatkan aku sanggup berpijak di duri walaupun ianya menyakiti hatiku sendiri
Dan yang paling membuat ku kuat menempuhi segalanya....
Kerana Engkau Kulahirkan dari perut ku dan AKU IBUMU...........

Segalanya Di Sini

Isnin, 19 Julai 2010

Derita itu sudah menjengah

BIla kita balik kerumah... masa itulah bermulanya episod2 duka kita bertiga...

Masa ibu lepas bersalin..ibu x nak pantang umah opah..sebab ibu x boleh terima apa yang diorang buat kt ibu selepas 6 bulan ibu berkahwin dengan ayah..

Tapi diaorang paksa jugak.. dalam keterpasaan ibu pergi jugak 2 minggu..pastu ibu mintak balik..ibu x tahan.. bukan tak tahan apa..cuma rasa benci dan dendam ibu. membuat kan ibu rasa panas duduk di rumah tu.. kepura-puraan terlalu tebal didada ibu..

Bila ibu balik kt subang..kawan ibu..acik SALIZA.tawarkan diri jaga ibu masa dalam pantang.. semestinya ibu suka..dia kawan ibu yang paling ibu sayang.. maner nak carik kawan macam dia..

jadi ibu pun balik sg besar...duduk umah dier..

Dalam 3 minggu ibu duduk umah dia..Hari Raya Aidilfitri pun semakin menjengah..

Ayah amik ibu dari umah acik saliza..bawak balik subang...

Rupa2nya Kembalinya korang ke rumah kita membuat ayah tak lena tidur..

Dan atas sebab itulah ayah tak pergi kerja selama seminggu..ALASAN??? MENGANTUK!!!

Kemudian ayah kena buang keja..ibu jadi geram!!!

kenapa sebelum along & angah lahir ayah x buat hal...kenapa bila ada tanggungjawab pulak ayah buat macam ni!!! kenapa????

Ibu bergaduh sakan dengan ayah..

Seperti biasa ayah akan tipon atuk dengan opah mengadu pasal kami bergaduh..
ayah buat keputusan nk duduk kt kampung...Ibu x nak..nak buat apa balik kampung?? nak duduk mana?? nak keje apa??? nak makan apa???

atuk dengan opah desak ibu..diaorang cakap diaorang boleh tanggung ibu dengan ayah..

masakan ibu nak beli sependa atau pad pun nak mintak duit dengan opah??

Ibu buat keputusan tuk balik umah atuk.. Ibu x sanggup nak duduk mengadap muka2 adik ayah yang pernah membuat rumah tangga ibu dengan ayah bergolak masa 6 bulan pertama perkahwinan kami..

Barang2 kt rumah kita..semua ayah anta pergi umah opah.. ibu amik yang mana perlu jer...

Kemudian ayah anta kita balik kampung...

Ayah duduk seminggu jer kat kampung..lepas tu ayah kata nak balik pahang nk carik keje tuk tampung kita semua, kemudian bolehlah sewa umah dan amik kita duduk kt pahang...ibu setuju.. dengan syarat..bila dia dah sediakan benda tu semua..baru ibu pergi pahang...

Ayah setuju..dan dia pun balik kampung...

Bukan tuk seminggu dua..tapi selama2nya.. ayah lupa janji dia pada kita!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan